The Land Of Charity Mind ~

In this world, people live in different modes .. In various characters that sometimes bring a life experience ... The experience will be used in the generation of our parents for guidance young people in the future .. Future will not remain long as this world is only temporary ~~ Wallahualam ~

The World of Moneys

Monday, June 6, 2011

~ Hati Seorang Sahabat ~

              Hari ini merupakan petang minggu yang agak redup , angin pown kuat..Perghh, bestnyee ~ Sekali skala hidup udara yang segar ni terfikir pula di dalam minda aku tentang cerita2 lama.. Kdg2 ketawa , senyum , sedih , pilu dan hiba sendirian tatkala memikirkan kenangan2 lama . Then , apabila kenangan itu terpahat di jiwa..Maka timbullah satu ilham dalam diri kita untuk berubah dengan lebih baik lagi..


                SAHABAT atau KAWAN . Apakah beza daripada dua perkataan ini ? Ramai orang menganggap bahawa kawan hanya sekadar peneman atau penghibur untuk mengurangkan rasa kesunyian dalam hati dan jiwa . Kawan memang senang dicari tapi SAHABAT ?? Satu dalam 1000. Susah kita mahu memilih sahabat yang betul2x ikhlas , tabah dan menempuh kesenangan dan kesusahan bersama . Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya , kamu akan teringat ALLAH S.W.T , mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama , melihat gerak dan gerinya teringat mati. Dalam satu hadis HR AL-HAKIM meriwayatkan "-Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”- . ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang- pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal . Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”.

             Hari ini saya mahu menceritakan tentang "SAHABAT" . Kawan senang ditukar ganti , tetapi Sahabat memang sukar dicari ganti. Pada suatu malam , saya bersama dengan anak-anak buah dan sepupu sepapat berkumpul pada suatu malam . Sebaik sahaja selesai makan malam bersama keluarga , sepupu saya, Ina(bukan nama sebenar) bertanya sesuatu kepada saya , "Bang Iwan , apakah pentingnya apabila kita mempunyai seorang kawan ?" , Lalu saya terdiam sejenak dan beberapa minit kemudian saya berkata kepadanya , "Dalam hidup ini , manusia digalakkan berkawan , ini juga adalah penting untuk memenuhi fitrah manusia untuk menjadikan mereka pendorong atau pembimbing selain daripada ibu bapa. Tetapi tidak semua boleh menjadi pendorong atau pembimbing , bahkan ada juga di kalangan mereka juga boleh jadi pembunuh dalam senyap dan racun dalam minda kita , jadi berhati-hatilah kau memilih kawan " . Setelah itu, sepupu saya menghalakan pandangannya ke arah tempat yang lain . Redup mata Ina telah membuatkan saya bertanya lagi , "Apakah kau sudah menemukannya?" . Lantas Ina menjawab , "Tidak . tiada siapa yang peduli tentang Ina , bang . Ina berjalan kesana kemari dalam sekolah itu tiada siapa yang menegur Ina . Tak tahulah apakah silap yang saya lakukan bang sampai semua orang menjauhi diri daripada Ina". Runtun suara Ina mengatur percakapannya membuatkan saya tergamam seketika . Spontan Ina meletakkan kedua belah tangannya ke lututnya lalu tunduk menahan kepiluan yang amat sangat . Lalu saya bertanya lagi , "Astaga, sampai macam itu sekali , kenapa sampai begitu sekali Ina?!", selepas itu Ina mengangkat mukanya lalu berkata ,"Kawan bang, kawan.. sebab kawan lah penyebab saya terpinggir di sekolah tu sejak kebelakangan ni" . Apabila mendengar jawapan si Ina , saya menghela nafas panjang dan kemudiannya saya berkata kepadanya , "Sabar itu indah Ina, ingatlah bahawa ALLAH bersama-sama orang yang sabar. Kawan tidak selalunya bahagia seperti yang kita harapkan , tapi penderitaan semasa berkawan membawa kita satu pengalaman supaya kita berhati-hati dalam memilih kawan" . Ina terdiam dan kelihatan air matanya membasahi pipinya . Sedih hati saya melihat keadaan sepupu saya itu. Lalu saya berkata kepada Ina "Semoga kawan kau sedar akan kesilapannya , janganlah bersedih Ina...nanti mak kau datang nanti tengok kau menangis nanti apalah pula katanya nanti , Abang jugak yang dapat susah nanti". Kelihatan Ina mula redha sedikit . Selepas beberapa minit Ina mengambil masa untuk menenangkan dirinya , akhirnya sedikit demi sedikit Ina menahan sebak dan menarik nafas panjang. Setelah itu barulah Ina berkata sesuatu kepada saya ,"Bang, cuba abang fikir kawan Ina itu sebenarnya Ina anggap dia sebagai adik beradik , Apa-apa saja masalah semua Ina kongsi bersamanya , namanya Nadia , seorang kawan Ina yang paling rapat dengan Ina sejak awal Ina masuk Sekolah Menengah dulu ,  pernah satu ketika dulu , Ina main kejar-kejar dengan dia dekat belakang rumah Tok Penghulu , dalam keasyikan kami bermain tiba-tiba Nadia tersungkur jatuh ke dalam parit..Meraung dan menangis si Nadia minta pertolongan . Ina bergegas mendapatkan Nadia . Luka dikakinya dan kepalanya tidak henti-henti mengalir. Nadia pula kelihatan tidak bermaya lalu pengsan. Pada saat itu , Ina meminta pertolongan orang sekeliling. Namun kesudahannya hampa, kerana tiada siapa yang mendengar teriakan kami di kawasan tu. Selepas itu, Ina mengerahkan segala tenaga yang Ina ada untuk membawa Nadia pulang ke rumahnya yang sejauh 1km dari tempat kami bermain. Sesudah sampai di rumah Nadia , ibu Nadia terperanjat melihat anaknya cedera..Ibu dan bapanya membawa Nadia ke hospital. Ina pun ikut sekaliSebaik saja sampai di hospital , Nadia dibawa kedalam wad kecemasan . Selepas satu jam menunggu , barulah doktor keluar daripada wad dan berkata kepada Ibu Nadia "Anak puan berada dalam keadaan koma , buat masa ni kita hanya berusaha selagi mampu, banyak-banyakkan berdoa ya Puan" . Kesudahannya, ibunya menemplak dan mencemuh Ina kerana membuat anaknya begitu .Si Nadia masih lagi koma. Selepas kejadian itu, ibu Nadia terus menerus menyalahkan Ina ...Ina pun pulang dengan rasa sakit hati dan sedih kerana dituduh sebegitu rupa.. Sejak daripada itu, ramai kawan-kawan Ina menjauhkan diri daripada Ina. Dek kerana mulut ibu si Nadia..Satu kampung membenci dan memulaukan Ina . Dimana-mana sahaja Ina berada pasti ada berita yang kurang menyenangkan pasal Ina. Ina difitnah , dituduh , dicemuh dan macam2x lagi Abg. Kenapa seharusnya jadi begini Bang ?" , rintih Ina kepada saya. Alangkah terkejutnya saya apabila mendengar cerita Ina sebegitu rupa. "Agaknya orang tua si Nadia tu kurang waras agaknya" monolog saya sekejap di dalam hati.  Belum sempat saya berkata apa-apa lagi , Ina menangis sekali lagi. Kali ini tangisannya semakin kuat , anak-anak buah saya yang leka bermain terus diam tergamam apabila mendengar tangisan Ina. Nasib baiklah mak dan ayah Ina tiada di rumah..Kalau tidak , menjawablah saya dengan mereka. Sesudah itu saya pun membawa Ina ke ruang tamu. Saya nasihatkan Ina supaya merehatkan diri dan usah bebankan lagi tentang perbualan tadi. Kemudian , saya pun menjengah ke luar rumah untuk memanggil anak-anak buah masuk tidur.

                         Keesokan harinya , pagi itu hujan turun dengan lebat . Fuh , sejuknya hanya Tuhan saja yang tahu. Dikala hujan turun dengan lebatnya , saya masih terfikir . Kenapalah  si Nadia tidak membela Ina? Adakah orang tuanya melarang dia berjumpa dengan Ina ? . Banyak persoalan yang bermain dalam minda saya apabila berbual dengan Ina malam semalam. Lantas saya melelapkan mata saya untuk seketika . "Iwan, di mana saja kau berada nanti aku tetap ingat kau. Walaupun kita pernah bertengkar dan bergaduh , tapi itu semua menjadi pengajaran untuk aku menjadi lebih baik lagi apabila aku dewasa kelak . Susah senang kita bersama walaupun dihimpit pelbagai masalah. Berbasikal sama2x..Belajar bersama2x..Aku tidak sanggup nak pindah dari sini Iwan. Banyak kenangan yang kau ukirkan untuk aku.. Kau sahabat aku Iwan , dari sekarang sampai akhir hayat aku , sampai mati aku tetap ingat kau ! ". Pantas saya membukakan mata , bangun dari tidur dan duduk . Saya berkata sendirian "Ya Tuhan , pertemukanlah aku dengan sahabat sejiwaku, Sharil Iman" . Kata-kata Sharil 10 tahun yang lepas membuatkan hati saya dihimpit dengan kepiluan yang teramat sangat .  Apakah dapat saya bertemu dengannya sebelum meninggalkan dunia ini? Semua itu ketentuan Tuhan dan hanya padanya kuberserah. Saya mengelamun sendirian sebaik sahaja bangun dari tidur. Lamunan saya terhenti apabila mendengar suara memberi salam dari luar . Saya bingkas bangun untuk menjenguk ke luar. Saya menjawab salamnya dan selepas itu saya melihat seorang gadis dalam lingkungan belasan tahun menunggu di luar rumah. Saya hairan melihat gadis itu kerana saya tidak pernah melihat gadis itu di kawasan kampung sebelum ini . Lalu saya bertanya pada gadis itu ,"Adik ni siapa? Mau cari siapa ?". Lalu gadis itu menjawab ,"Nama saya Nadia , saya datang hendak mencari Ina , dia ada dirumah?", Lantas dalam minda saya berfikir sejenak tentang kata-kata Ina semalam . Saya masih lagi sangsi apakah Ina dapat menerima Nadia setelah apa yang dilakukan kepadanya. Selepas itu, saya berkata kepada gadis itu ,"Nadia , apa yang kamu buat sampai Ina jadi begitu ?", Lantas si Nadia berkata kepada saya ,"Abang, sebenarnya Nadia langsung tidak tahu yang orang kampung dan sekolah Nadia membenci Ina . Bila dengar cerita daripada Ibu , saya berasa sungguh marah dan naik angin. Saya keluar dari rumah. Tetapi ibu saya menghalang saya namun saya tidak peduli. Saya tetap datang kesini untuk berjumpa dengan Ina . Tak sangka sampai jadi begini . Bang , izinkan saya berjumpa dengan Ina. Saya mahu meminta maaf yang teramat sangat. Tidak terdetik dihati saya nak membiarkan Ina terus menderita dipinggir oleh masyarakat sekampung ini. ". Mendengar kata-kata Nadia , saya berasa sungguh gembira dan bersyukur kerana dia sanggup datang kesini biarpun dihalang oleh Ibunya. Saya masuk kedalam rumah memanggil Ina . Apabila Ina keluar dari rumah , Ina terpaku sebentar . Seperti tidak percaya apa yang berlaku yang sahabat baiknya berada didepan mata dalam keadaan sihat dan sempurna. Air mata Ina bercucuran lagi , lalu Ina memeluk Nadia sekuat hati dan Nadia membalas pelukannya sambil berkata "Maafkan aku Ina, maafkan aku sebab membuat kau jadi begini", selepas itu Ina membalas "Kau tak bersalah Nadia, aku dah lama maafkan kau. Keadaan yang membuatkan kita terpisah". Pertemua antara dua hati ini membuatkan saya terharu melihatnya. Kedua-duanya terharu bagaikan dua orang sahabat yang sekian lama terpisah. Walhal , baru dua bulan mereka tidak bertemu . Tapi itulah pertalian antara mereka yang diibaratkan sebagai adik beradik dan juga sahabat sejati seumur hidup. Ukhuwah yang dibina haruslah dijaga agar tiada siapa dapat memutuskan persaudaraan kita. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya..  Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Tetapi hati seorang sahabat yang penuh dengan keiklasan mengatasi segala-segalanya. Ingatlah. Kawan memang ramai tapi sahabat ini kita hanya ada satu saja yang boleh kita percaya.
                   Demikianlah , kisah tentang dua sahabat yang dapat saya ceritakan pada kamu semua. Kata-kata saya mungkin akan berakhir, namun makna dan rasanya akan terus mengalir. Secubit yang saya ungkapkan mudah-mudahan selaut anda dapat memikirkan. Saya berharap kisah-kisah lama yang ada pada kawan2 skalian itu akan mengubah cara kita berfikir, merasa dan bertindak kerana fikiran mampi menuk impian menjadi wawasan . Kemudian hati pula menterjemah wawasan menjadi keazaman dan usaha akan mengerakkan keazaman mencipta satu kenyataan.
~ WASSALAM ~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...