The Land Of Charity Mind ~

In this world, people live in different modes .. In various characters that sometimes bring a life experience ... The experience will be used in the generation of our parents for guidance young people in the future .. Future will not remain long as this world is only temporary ~~ Wallahualam ~

The World of Moneys

Saturday, June 11, 2011

Long Live Journey Tommorow ~

Malam ini mmg malam yang happening bagi aku..
Bukan itu saja..Trasa hari ini bertuah kerana apa yang aku inginkan tertunai juga..
Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya...
But what will be happened tommorow ?
Esk bermulalah perjalanan aku daripada TAMPIN-SEREMBAN-GOMBAK..
Ada majlis perkahwinan akak kepada kawan sekelas aku..
So, aku dijemput disana..
Maybe esk pagi gerak ke SEREMBAN..
Then jumpa mmbr aku and then trus pergi ke GOMBAK..
But persoalannya skrg... Dapatkah aku bahagikan masa esk ??
Hope aku ada kekuatan utkku menempuh hari yg paling sibuk esk..
Lepas habis settle semuanya kt GOMBAK..
Brulah balik SEREMBAN..Rehat2 jap kt seremban..
Settle mslh kt SEREMBAN aku nak singgah PD plk..
Nak bagi surat pengesahan kt member baik aku...
Dh brape minggu dh surat tu dh ade kt tangan aku..
Tapi member aku wat dek je...( Hahaha..alamak , terlebih sudah )
Hopefully esk sempatlah aku sampai PD sebelum Asar..
Selepas itu...barulah aku dapat pulang ke rumah TAMPIN...
Sampai je TAMPIN , kawan ajak gi kenduri lagi..
Kali ni kenduri doa selamat lak...
Haha...xpelah..Aslkan aku dapat menghadirkan diri sudah..
Then pas abis kenduri...
Aku nak bermandi-manda kt KOLAM AIR PANAS plk..
Hmm...aku x tau kolam air panas mne mmbr aku nak ajak..
Aq just follow je...Then brulah settle semuanya...
Begitulah aktiviti aku utk esk ..
Penat2 seharian pown xpe aslkan aku happy apa yang aku buat...
Janji ia tidak mendatangkan mudarat pada diri aku..huhu
Aku berasa sungguh gembira pada masa inilah aku
dapat meluangkan masa bersama sahabat2x handai..
xkiralah dari ceruk mana...
Janji kita still remember him/her even sudah lama tidak bersua muka...
Bukan sekadar berjumpa dan bertanya khabar..
Tetapi untuk melepaskan rindu yang tersimpan dan
menghiburkan jiwa dan hati yang sedang berduka lara..
Hahaha...
-NO DOUBT TO WRITE THIS-
^_^



YEAH ! You're GAY...!

Matahari dah naik dah..
Sekarang cuaca kembali normal..
Tapi yang bestnya pagi tadi..
Selepas beriadah pagi tadi..
Hujan selebat-lebatnya..
Tapi xlame pown..
5 ke 10 minit dah reda blk dah...
Mcm hujan sekali lalu jew..
Adoi..bru nak ambil feel lame2x ckit..
Hehe..
Dah2x ..aku nak citer psal GAY ni..
Bkn nak menggalakkan utk menjadi GAY..
Tapi sebagai pedoman utk bdk2 awal remaja..(Acehh..poyo jap) :P
Sebut pasal GAY ni pulak...
Mula2 aku ingatkan lelaki homoseksual..
Tapi bila memahami mksd sebenarnya GAY ni..
GAY ni sebenarnya "sihat" rupanya...
So, mknenye aku gay la ni ye ??
Hahaha...I'M GAY !!!!  I'm HEALTHY !!
But not so much healthy la..hehe..
But what is in my mind right now is, Firstly, GAY skrg sudah menjadi trend zaman kini..
Zaman makin lama makin pupus...
Agak ngeri jugak bila aku melihat gelagat2 homokseksual ni..
Dowg sudah melampaui batas..
Bahkan mereka lagi teruk daripada kaum Nabi Luth dulu..
Bila terkenangkan azab ALLAH ke atas kaum Nabi Luth dulu..
Hatiku berbisik..Tidak takutkan mereka dengan azab yang akan menimpa mereka pada suatu hari nanti ?? Malah lagi dasyat azab yang mereka akan terima..
Haihh...manusia,,manusia.. u_u
(Ini sekadar panduan saja..bukan untuk semua manusia..
tetapi pedoman dan pengajaran bagi aku sendiri juga)

Secondly,
I'm simply beginning to..
understand the nature of
our society...
GAY ini dari segi positifnya pula..
"Awak sebenarnya SIHAT"
means HEALTY...
sO jagalah kesihatan anda 
untuk menjadi manusia yang GAY...
YEAH ! U'RE GAY ..! 
P/S : Have u all already GAY enough?? 
Hahaha... n_n

So, we should be proud that we are GAY !

Thursday, June 9, 2011

Pabila pening melanda ~~

Salam ukhuwah fillah ~
Malam ini merupakan malam yang begitu bnyk rahmat..
Hujan turun x berhenti-henti..
Apabila hujan itu turun x henti2x...
Gitar akulah peneman setianya..
Apabila gitar aku dipetik..Habislah masing2 mula nak menunjukkan suara emasnya..
Hahaha.,.
Maybe suara aku ngan dak2 umah aku seperti ALI ngan AFIF 
buat hujan turun x henti2x kot..
Maklumlah suara emas..Mana nak dapatkan ?? Hahaha..
Sekali skala pandang dekat sekitar Taman Politeknik ni..
Buatkan aku terasa sayu, bosan , seronok , gembira , rindu dan macam2 lagi la...
Sukar nak ditafsir dengan kata-kata..
Kadang-kadang..
Aku teringat balik kenangan lama ~
Pabila teringat balik kenangan lama ~
Mulalah aku jadi gila dibuatnya..
Pabila gila itu melanda ...
Maka hasilnya pening kepalolah den jawabnya ~
Arghhh...sakitnya kepala aku malam ni..
Apa aku nak buat untuk menghilangkan aku pnya pening pada malam ni??
(>.<)

(Handsome x aku???... hahaha)
Nahh..ambik kau..aku tengah pening ni ~~
Puas aku berurut-urut tapi tak reda-reda jgk pening kepala aku ni..
How to solve it this problems ?? 
-Ikhwan-


Monday, June 6, 2011

~ Hati Seorang Sahabat ~

              Hari ini merupakan petang minggu yang agak redup , angin pown kuat..Perghh, bestnyee ~ Sekali skala hidup udara yang segar ni terfikir pula di dalam minda aku tentang cerita2 lama.. Kdg2 ketawa , senyum , sedih , pilu dan hiba sendirian tatkala memikirkan kenangan2 lama . Then , apabila kenangan itu terpahat di jiwa..Maka timbullah satu ilham dalam diri kita untuk berubah dengan lebih baik lagi..


                SAHABAT atau KAWAN . Apakah beza daripada dua perkataan ini ? Ramai orang menganggap bahawa kawan hanya sekadar peneman atau penghibur untuk mengurangkan rasa kesunyian dalam hati dan jiwa . Kawan memang senang dicari tapi SAHABAT ?? Satu dalam 1000. Susah kita mahu memilih sahabat yang betul2x ikhlas , tabah dan menempuh kesenangan dan kesusahan bersama . Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya , kamu akan teringat ALLAH S.W.T , mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama , melihat gerak dan gerinya teringat mati. Dalam satu hadis HR AL-HAKIM meriwayatkan "-Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”- . ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang- pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal . Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”.

             Hari ini saya mahu menceritakan tentang "SAHABAT" . Kawan senang ditukar ganti , tetapi Sahabat memang sukar dicari ganti. Pada suatu malam , saya bersama dengan anak-anak buah dan sepupu sepapat berkumpul pada suatu malam . Sebaik sahaja selesai makan malam bersama keluarga , sepupu saya, Ina(bukan nama sebenar) bertanya sesuatu kepada saya , "Bang Iwan , apakah pentingnya apabila kita mempunyai seorang kawan ?" , Lalu saya terdiam sejenak dan beberapa minit kemudian saya berkata kepadanya , "Dalam hidup ini , manusia digalakkan berkawan , ini juga adalah penting untuk memenuhi fitrah manusia untuk menjadikan mereka pendorong atau pembimbing selain daripada ibu bapa. Tetapi tidak semua boleh menjadi pendorong atau pembimbing , bahkan ada juga di kalangan mereka juga boleh jadi pembunuh dalam senyap dan racun dalam minda kita , jadi berhati-hatilah kau memilih kawan " . Setelah itu, sepupu saya menghalakan pandangannya ke arah tempat yang lain . Redup mata Ina telah membuatkan saya bertanya lagi , "Apakah kau sudah menemukannya?" . Lantas Ina menjawab , "Tidak . tiada siapa yang peduli tentang Ina , bang . Ina berjalan kesana kemari dalam sekolah itu tiada siapa yang menegur Ina . Tak tahulah apakah silap yang saya lakukan bang sampai semua orang menjauhi diri daripada Ina". Runtun suara Ina mengatur percakapannya membuatkan saya tergamam seketika . Spontan Ina meletakkan kedua belah tangannya ke lututnya lalu tunduk menahan kepiluan yang amat sangat . Lalu saya bertanya lagi , "Astaga, sampai macam itu sekali , kenapa sampai begitu sekali Ina?!", selepas itu Ina mengangkat mukanya lalu berkata ,"Kawan bang, kawan.. sebab kawan lah penyebab saya terpinggir di sekolah tu sejak kebelakangan ni" . Apabila mendengar jawapan si Ina , saya menghela nafas panjang dan kemudiannya saya berkata kepadanya , "Sabar itu indah Ina, ingatlah bahawa ALLAH bersama-sama orang yang sabar. Kawan tidak selalunya bahagia seperti yang kita harapkan , tapi penderitaan semasa berkawan membawa kita satu pengalaman supaya kita berhati-hati dalam memilih kawan" . Ina terdiam dan kelihatan air matanya membasahi pipinya . Sedih hati saya melihat keadaan sepupu saya itu. Lalu saya berkata kepada Ina "Semoga kawan kau sedar akan kesilapannya , janganlah bersedih Ina...nanti mak kau datang nanti tengok kau menangis nanti apalah pula katanya nanti , Abang jugak yang dapat susah nanti". Kelihatan Ina mula redha sedikit . Selepas beberapa minit Ina mengambil masa untuk menenangkan dirinya , akhirnya sedikit demi sedikit Ina menahan sebak dan menarik nafas panjang. Setelah itu barulah Ina berkata sesuatu kepada saya ,"Bang, cuba abang fikir kawan Ina itu sebenarnya Ina anggap dia sebagai adik beradik , Apa-apa saja masalah semua Ina kongsi bersamanya , namanya Nadia , seorang kawan Ina yang paling rapat dengan Ina sejak awal Ina masuk Sekolah Menengah dulu ,  pernah satu ketika dulu , Ina main kejar-kejar dengan dia dekat belakang rumah Tok Penghulu , dalam keasyikan kami bermain tiba-tiba Nadia tersungkur jatuh ke dalam parit..Meraung dan menangis si Nadia minta pertolongan . Ina bergegas mendapatkan Nadia . Luka dikakinya dan kepalanya tidak henti-henti mengalir. Nadia pula kelihatan tidak bermaya lalu pengsan. Pada saat itu , Ina meminta pertolongan orang sekeliling. Namun kesudahannya hampa, kerana tiada siapa yang mendengar teriakan kami di kawasan tu. Selepas itu, Ina mengerahkan segala tenaga yang Ina ada untuk membawa Nadia pulang ke rumahnya yang sejauh 1km dari tempat kami bermain. Sesudah sampai di rumah Nadia , ibu Nadia terperanjat melihat anaknya cedera..Ibu dan bapanya membawa Nadia ke hospital. Ina pun ikut sekaliSebaik saja sampai di hospital , Nadia dibawa kedalam wad kecemasan . Selepas satu jam menunggu , barulah doktor keluar daripada wad dan berkata kepada Ibu Nadia "Anak puan berada dalam keadaan koma , buat masa ni kita hanya berusaha selagi mampu, banyak-banyakkan berdoa ya Puan" . Kesudahannya, ibunya menemplak dan mencemuh Ina kerana membuat anaknya begitu .Si Nadia masih lagi koma. Selepas kejadian itu, ibu Nadia terus menerus menyalahkan Ina ...Ina pun pulang dengan rasa sakit hati dan sedih kerana dituduh sebegitu rupa.. Sejak daripada itu, ramai kawan-kawan Ina menjauhkan diri daripada Ina. Dek kerana mulut ibu si Nadia..Satu kampung membenci dan memulaukan Ina . Dimana-mana sahaja Ina berada pasti ada berita yang kurang menyenangkan pasal Ina. Ina difitnah , dituduh , dicemuh dan macam2x lagi Abg. Kenapa seharusnya jadi begini Bang ?" , rintih Ina kepada saya. Alangkah terkejutnya saya apabila mendengar cerita Ina sebegitu rupa. "Agaknya orang tua si Nadia tu kurang waras agaknya" monolog saya sekejap di dalam hati.  Belum sempat saya berkata apa-apa lagi , Ina menangis sekali lagi. Kali ini tangisannya semakin kuat , anak-anak buah saya yang leka bermain terus diam tergamam apabila mendengar tangisan Ina. Nasib baiklah mak dan ayah Ina tiada di rumah..Kalau tidak , menjawablah saya dengan mereka. Sesudah itu saya pun membawa Ina ke ruang tamu. Saya nasihatkan Ina supaya merehatkan diri dan usah bebankan lagi tentang perbualan tadi. Kemudian , saya pun menjengah ke luar rumah untuk memanggil anak-anak buah masuk tidur.

                         Keesokan harinya , pagi itu hujan turun dengan lebat . Fuh , sejuknya hanya Tuhan saja yang tahu. Dikala hujan turun dengan lebatnya , saya masih terfikir . Kenapalah  si Nadia tidak membela Ina? Adakah orang tuanya melarang dia berjumpa dengan Ina ? . Banyak persoalan yang bermain dalam minda saya apabila berbual dengan Ina malam semalam. Lantas saya melelapkan mata saya untuk seketika . "Iwan, di mana saja kau berada nanti aku tetap ingat kau. Walaupun kita pernah bertengkar dan bergaduh , tapi itu semua menjadi pengajaran untuk aku menjadi lebih baik lagi apabila aku dewasa kelak . Susah senang kita bersama walaupun dihimpit pelbagai masalah. Berbasikal sama2x..Belajar bersama2x..Aku tidak sanggup nak pindah dari sini Iwan. Banyak kenangan yang kau ukirkan untuk aku.. Kau sahabat aku Iwan , dari sekarang sampai akhir hayat aku , sampai mati aku tetap ingat kau ! ". Pantas saya membukakan mata , bangun dari tidur dan duduk . Saya berkata sendirian "Ya Tuhan , pertemukanlah aku dengan sahabat sejiwaku, Sharil Iman" . Kata-kata Sharil 10 tahun yang lepas membuatkan hati saya dihimpit dengan kepiluan yang teramat sangat .  Apakah dapat saya bertemu dengannya sebelum meninggalkan dunia ini? Semua itu ketentuan Tuhan dan hanya padanya kuberserah. Saya mengelamun sendirian sebaik sahaja bangun dari tidur. Lamunan saya terhenti apabila mendengar suara memberi salam dari luar . Saya bingkas bangun untuk menjenguk ke luar. Saya menjawab salamnya dan selepas itu saya melihat seorang gadis dalam lingkungan belasan tahun menunggu di luar rumah. Saya hairan melihat gadis itu kerana saya tidak pernah melihat gadis itu di kawasan kampung sebelum ini . Lalu saya bertanya pada gadis itu ,"Adik ni siapa? Mau cari siapa ?". Lalu gadis itu menjawab ,"Nama saya Nadia , saya datang hendak mencari Ina , dia ada dirumah?", Lantas dalam minda saya berfikir sejenak tentang kata-kata Ina semalam . Saya masih lagi sangsi apakah Ina dapat menerima Nadia setelah apa yang dilakukan kepadanya. Selepas itu, saya berkata kepada gadis itu ,"Nadia , apa yang kamu buat sampai Ina jadi begitu ?", Lantas si Nadia berkata kepada saya ,"Abang, sebenarnya Nadia langsung tidak tahu yang orang kampung dan sekolah Nadia membenci Ina . Bila dengar cerita daripada Ibu , saya berasa sungguh marah dan naik angin. Saya keluar dari rumah. Tetapi ibu saya menghalang saya namun saya tidak peduli. Saya tetap datang kesini untuk berjumpa dengan Ina . Tak sangka sampai jadi begini . Bang , izinkan saya berjumpa dengan Ina. Saya mahu meminta maaf yang teramat sangat. Tidak terdetik dihati saya nak membiarkan Ina terus menderita dipinggir oleh masyarakat sekampung ini. ". Mendengar kata-kata Nadia , saya berasa sungguh gembira dan bersyukur kerana dia sanggup datang kesini biarpun dihalang oleh Ibunya. Saya masuk kedalam rumah memanggil Ina . Apabila Ina keluar dari rumah , Ina terpaku sebentar . Seperti tidak percaya apa yang berlaku yang sahabat baiknya berada didepan mata dalam keadaan sihat dan sempurna. Air mata Ina bercucuran lagi , lalu Ina memeluk Nadia sekuat hati dan Nadia membalas pelukannya sambil berkata "Maafkan aku Ina, maafkan aku sebab membuat kau jadi begini", selepas itu Ina membalas "Kau tak bersalah Nadia, aku dah lama maafkan kau. Keadaan yang membuatkan kita terpisah". Pertemua antara dua hati ini membuatkan saya terharu melihatnya. Kedua-duanya terharu bagaikan dua orang sahabat yang sekian lama terpisah. Walhal , baru dua bulan mereka tidak bertemu . Tapi itulah pertalian antara mereka yang diibaratkan sebagai adik beradik dan juga sahabat sejati seumur hidup. Ukhuwah yang dibina haruslah dijaga agar tiada siapa dapat memutuskan persaudaraan kita. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya..  Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Tetapi hati seorang sahabat yang penuh dengan keiklasan mengatasi segala-segalanya. Ingatlah. Kawan memang ramai tapi sahabat ini kita hanya ada satu saja yang boleh kita percaya.
                   Demikianlah , kisah tentang dua sahabat yang dapat saya ceritakan pada kamu semua. Kata-kata saya mungkin akan berakhir, namun makna dan rasanya akan terus mengalir. Secubit yang saya ungkapkan mudah-mudahan selaut anda dapat memikirkan. Saya berharap kisah-kisah lama yang ada pada kawan2 skalian itu akan mengubah cara kita berfikir, merasa dan bertindak kerana fikiran mampi menuk impian menjadi wawasan . Kemudian hati pula menterjemah wawasan menjadi keazaman dan usaha akan mengerakkan keazaman mencipta satu kenyataan.
~ WASSALAM ~



Wednesday, June 1, 2011

Musahabah Diri ~ u_u

Salam Ukhuwah rakan2ku sekalian..
syukur ke hadrat Ilahi keatas limpah kurnia dan berkatnya terhadap kita..
Masa berlalu begitu pantas ,
Sedar x sedar dah masuk bulan Jun pulak..
Kita duduk leka dan lalai ngan aktiviti2x harian..
Sampai masa sendiri pown x terlayan..
Tapi pernahkah kita mencari masa yang sangat berharga
Untuk menunaikan kewajiban kita terhadap Tuhan Yang Maha Esa..
Cukupkah amalan2 kita untuk kita bertemu dengannya ??
Ssungguhnya kemanisan dalam iman dapat kita rasa setelah kita
meninggalkan larangan-NYA dan mengerjakan perintah-NYA.
Ingatlah, baru dunia yang kita kecapi sekarang hanyalah
satu persinggahan sementara..
Wallahualam.
Dan bagaimanakah kita dapat mencari masa untuk kita
menimba ilmu pengetahuan di dunia dan di akhirat ?
Dapatkah kita mencapai impian seperti mana yang kita impikan ?
Semua itu terletak ditangan sendiri...
Usaha itu satu tangga kejayaan ,
Berusahalah dengan lebih gigih lagi supaya kita dapat berjaya pada masa hadapan. :D





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...