The Land Of Charity Mind ~

In this world, people live in different modes .. In various characters that sometimes bring a life experience ... The experience will be used in the generation of our parents for guidance young people in the future .. Future will not remain long as this world is only temporary ~~ Wallahualam ~

The World of Moneys

Saturday, June 11, 2011

Long Live Journey Tommorow ~

Malam ini mmg malam yang happening bagi aku..
Bukan itu saja..Trasa hari ini bertuah kerana apa yang aku inginkan tertunai juga..
Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya...
But what will be happened tommorow ?
Esk bermulalah perjalanan aku daripada TAMPIN-SEREMBAN-GOMBAK..
Ada majlis perkahwinan akak kepada kawan sekelas aku..
So, aku dijemput disana..
Maybe esk pagi gerak ke SEREMBAN..
Then jumpa mmbr aku and then trus pergi ke GOMBAK..
But persoalannya skrg... Dapatkah aku bahagikan masa esk ??
Hope aku ada kekuatan utkku menempuh hari yg paling sibuk esk..
Lepas habis settle semuanya kt GOMBAK..
Brulah balik SEREMBAN..Rehat2 jap kt seremban..
Settle mslh kt SEREMBAN aku nak singgah PD plk..
Nak bagi surat pengesahan kt member baik aku...
Dh brape minggu dh surat tu dh ade kt tangan aku..
Tapi member aku wat dek je...( Hahaha..alamak , terlebih sudah )
Hopefully esk sempatlah aku sampai PD sebelum Asar..
Selepas itu...barulah aku dapat pulang ke rumah TAMPIN...
Sampai je TAMPIN , kawan ajak gi kenduri lagi..
Kali ni kenduri doa selamat lak...
Haha...xpelah..Aslkan aku dapat menghadirkan diri sudah..
Then pas abis kenduri...
Aku nak bermandi-manda kt KOLAM AIR PANAS plk..
Hmm...aku x tau kolam air panas mne mmbr aku nak ajak..
Aq just follow je...Then brulah settle semuanya...
Begitulah aktiviti aku utk esk ..
Penat2 seharian pown xpe aslkan aku happy apa yang aku buat...
Janji ia tidak mendatangkan mudarat pada diri aku..huhu
Aku berasa sungguh gembira pada masa inilah aku
dapat meluangkan masa bersama sahabat2x handai..
xkiralah dari ceruk mana...
Janji kita still remember him/her even sudah lama tidak bersua muka...
Bukan sekadar berjumpa dan bertanya khabar..
Tetapi untuk melepaskan rindu yang tersimpan dan
menghiburkan jiwa dan hati yang sedang berduka lara..
Hahaha...
-NO DOUBT TO WRITE THIS-
^_^



YEAH ! You're GAY...!

Matahari dah naik dah..
Sekarang cuaca kembali normal..
Tapi yang bestnya pagi tadi..
Selepas beriadah pagi tadi..
Hujan selebat-lebatnya..
Tapi xlame pown..
5 ke 10 minit dah reda blk dah...
Mcm hujan sekali lalu jew..
Adoi..bru nak ambil feel lame2x ckit..
Hehe..
Dah2x ..aku nak citer psal GAY ni..
Bkn nak menggalakkan utk menjadi GAY..
Tapi sebagai pedoman utk bdk2 awal remaja..(Acehh..poyo jap) :P
Sebut pasal GAY ni pulak...
Mula2 aku ingatkan lelaki homoseksual..
Tapi bila memahami mksd sebenarnya GAY ni..
GAY ni sebenarnya "sihat" rupanya...
So, mknenye aku gay la ni ye ??
Hahaha...I'M GAY !!!!  I'm HEALTHY !!
But not so much healthy la..hehe..
But what is in my mind right now is, Firstly, GAY skrg sudah menjadi trend zaman kini..
Zaman makin lama makin pupus...
Agak ngeri jugak bila aku melihat gelagat2 homokseksual ni..
Dowg sudah melampaui batas..
Bahkan mereka lagi teruk daripada kaum Nabi Luth dulu..
Bila terkenangkan azab ALLAH ke atas kaum Nabi Luth dulu..
Hatiku berbisik..Tidak takutkan mereka dengan azab yang akan menimpa mereka pada suatu hari nanti ?? Malah lagi dasyat azab yang mereka akan terima..
Haihh...manusia,,manusia.. u_u
(Ini sekadar panduan saja..bukan untuk semua manusia..
tetapi pedoman dan pengajaran bagi aku sendiri juga)

Secondly,
I'm simply beginning to..
understand the nature of
our society...
GAY ini dari segi positifnya pula..
"Awak sebenarnya SIHAT"
means HEALTY...
sO jagalah kesihatan anda 
untuk menjadi manusia yang GAY...
YEAH ! U'RE GAY ..! 
P/S : Have u all already GAY enough?? 
Hahaha... n_n

So, we should be proud that we are GAY !

Thursday, June 9, 2011

Pabila pening melanda ~~

Salam ukhuwah fillah ~
Malam ini merupakan malam yang begitu bnyk rahmat..
Hujan turun x berhenti-henti..
Apabila hujan itu turun x henti2x...
Gitar akulah peneman setianya..
Apabila gitar aku dipetik..Habislah masing2 mula nak menunjukkan suara emasnya..
Hahaha.,.
Maybe suara aku ngan dak2 umah aku seperti ALI ngan AFIF 
buat hujan turun x henti2x kot..
Maklumlah suara emas..Mana nak dapatkan ?? Hahaha..
Sekali skala pandang dekat sekitar Taman Politeknik ni..
Buatkan aku terasa sayu, bosan , seronok , gembira , rindu dan macam2 lagi la...
Sukar nak ditafsir dengan kata-kata..
Kadang-kadang..
Aku teringat balik kenangan lama ~
Pabila teringat balik kenangan lama ~
Mulalah aku jadi gila dibuatnya..
Pabila gila itu melanda ...
Maka hasilnya pening kepalolah den jawabnya ~
Arghhh...sakitnya kepala aku malam ni..
Apa aku nak buat untuk menghilangkan aku pnya pening pada malam ni??
(>.<)

(Handsome x aku???... hahaha)
Nahh..ambik kau..aku tengah pening ni ~~
Puas aku berurut-urut tapi tak reda-reda jgk pening kepala aku ni..
How to solve it this problems ?? 
-Ikhwan-


Monday, June 6, 2011

~ Hati Seorang Sahabat ~

              Hari ini merupakan petang minggu yang agak redup , angin pown kuat..Perghh, bestnyee ~ Sekali skala hidup udara yang segar ni terfikir pula di dalam minda aku tentang cerita2 lama.. Kdg2 ketawa , senyum , sedih , pilu dan hiba sendirian tatkala memikirkan kenangan2 lama . Then , apabila kenangan itu terpahat di jiwa..Maka timbullah satu ilham dalam diri kita untuk berubah dengan lebih baik lagi..


                SAHABAT atau KAWAN . Apakah beza daripada dua perkataan ini ? Ramai orang menganggap bahawa kawan hanya sekadar peneman atau penghibur untuk mengurangkan rasa kesunyian dalam hati dan jiwa . Kawan memang senang dicari tapi SAHABAT ?? Satu dalam 1000. Susah kita mahu memilih sahabat yang betul2x ikhlas , tabah dan menempuh kesenangan dan kesusahan bersama . Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya , kamu akan teringat ALLAH S.W.T , mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama , melihat gerak dan gerinya teringat mati. Dalam satu hadis HR AL-HAKIM meriwayatkan "-Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”- . ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang- pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal . Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”.

             Hari ini saya mahu menceritakan tentang "SAHABAT" . Kawan senang ditukar ganti , tetapi Sahabat memang sukar dicari ganti. Pada suatu malam , saya bersama dengan anak-anak buah dan sepupu sepapat berkumpul pada suatu malam . Sebaik sahaja selesai makan malam bersama keluarga , sepupu saya, Ina(bukan nama sebenar) bertanya sesuatu kepada saya , "Bang Iwan , apakah pentingnya apabila kita mempunyai seorang kawan ?" , Lalu saya terdiam sejenak dan beberapa minit kemudian saya berkata kepadanya , "Dalam hidup ini , manusia digalakkan berkawan , ini juga adalah penting untuk memenuhi fitrah manusia untuk menjadikan mereka pendorong atau pembimbing selain daripada ibu bapa. Tetapi tidak semua boleh menjadi pendorong atau pembimbing , bahkan ada juga di kalangan mereka juga boleh jadi pembunuh dalam senyap dan racun dalam minda kita , jadi berhati-hatilah kau memilih kawan " . Setelah itu, sepupu saya menghalakan pandangannya ke arah tempat yang lain . Redup mata Ina telah membuatkan saya bertanya lagi , "Apakah kau sudah menemukannya?" . Lantas Ina menjawab , "Tidak . tiada siapa yang peduli tentang Ina , bang . Ina berjalan kesana kemari dalam sekolah itu tiada siapa yang menegur Ina . Tak tahulah apakah silap yang saya lakukan bang sampai semua orang menjauhi diri daripada Ina". Runtun suara Ina mengatur percakapannya membuatkan saya tergamam seketika . Spontan Ina meletakkan kedua belah tangannya ke lututnya lalu tunduk menahan kepiluan yang amat sangat . Lalu saya bertanya lagi , "Astaga, sampai macam itu sekali , kenapa sampai begitu sekali Ina?!", selepas itu Ina mengangkat mukanya lalu berkata ,"Kawan bang, kawan.. sebab kawan lah penyebab saya terpinggir di sekolah tu sejak kebelakangan ni" . Apabila mendengar jawapan si Ina , saya menghela nafas panjang dan kemudiannya saya berkata kepadanya , "Sabar itu indah Ina, ingatlah bahawa ALLAH bersama-sama orang yang sabar. Kawan tidak selalunya bahagia seperti yang kita harapkan , tapi penderitaan semasa berkawan membawa kita satu pengalaman supaya kita berhati-hati dalam memilih kawan" . Ina terdiam dan kelihatan air matanya membasahi pipinya . Sedih hati saya melihat keadaan sepupu saya itu. Lalu saya berkata kepada Ina "Semoga kawan kau sedar akan kesilapannya , janganlah bersedih Ina...nanti mak kau datang nanti tengok kau menangis nanti apalah pula katanya nanti , Abang jugak yang dapat susah nanti". Kelihatan Ina mula redha sedikit . Selepas beberapa minit Ina mengambil masa untuk menenangkan dirinya , akhirnya sedikit demi sedikit Ina menahan sebak dan menarik nafas panjang. Setelah itu barulah Ina berkata sesuatu kepada saya ,"Bang, cuba abang fikir kawan Ina itu sebenarnya Ina anggap dia sebagai adik beradik , Apa-apa saja masalah semua Ina kongsi bersamanya , namanya Nadia , seorang kawan Ina yang paling rapat dengan Ina sejak awal Ina masuk Sekolah Menengah dulu ,  pernah satu ketika dulu , Ina main kejar-kejar dengan dia dekat belakang rumah Tok Penghulu , dalam keasyikan kami bermain tiba-tiba Nadia tersungkur jatuh ke dalam parit..Meraung dan menangis si Nadia minta pertolongan . Ina bergegas mendapatkan Nadia . Luka dikakinya dan kepalanya tidak henti-henti mengalir. Nadia pula kelihatan tidak bermaya lalu pengsan. Pada saat itu , Ina meminta pertolongan orang sekeliling. Namun kesudahannya hampa, kerana tiada siapa yang mendengar teriakan kami di kawasan tu. Selepas itu, Ina mengerahkan segala tenaga yang Ina ada untuk membawa Nadia pulang ke rumahnya yang sejauh 1km dari tempat kami bermain. Sesudah sampai di rumah Nadia , ibu Nadia terperanjat melihat anaknya cedera..Ibu dan bapanya membawa Nadia ke hospital. Ina pun ikut sekaliSebaik saja sampai di hospital , Nadia dibawa kedalam wad kecemasan . Selepas satu jam menunggu , barulah doktor keluar daripada wad dan berkata kepada Ibu Nadia "Anak puan berada dalam keadaan koma , buat masa ni kita hanya berusaha selagi mampu, banyak-banyakkan berdoa ya Puan" . Kesudahannya, ibunya menemplak dan mencemuh Ina kerana membuat anaknya begitu .Si Nadia masih lagi koma. Selepas kejadian itu, ibu Nadia terus menerus menyalahkan Ina ...Ina pun pulang dengan rasa sakit hati dan sedih kerana dituduh sebegitu rupa.. Sejak daripada itu, ramai kawan-kawan Ina menjauhkan diri daripada Ina. Dek kerana mulut ibu si Nadia..Satu kampung membenci dan memulaukan Ina . Dimana-mana sahaja Ina berada pasti ada berita yang kurang menyenangkan pasal Ina. Ina difitnah , dituduh , dicemuh dan macam2x lagi Abg. Kenapa seharusnya jadi begini Bang ?" , rintih Ina kepada saya. Alangkah terkejutnya saya apabila mendengar cerita Ina sebegitu rupa. "Agaknya orang tua si Nadia tu kurang waras agaknya" monolog saya sekejap di dalam hati.  Belum sempat saya berkata apa-apa lagi , Ina menangis sekali lagi. Kali ini tangisannya semakin kuat , anak-anak buah saya yang leka bermain terus diam tergamam apabila mendengar tangisan Ina. Nasib baiklah mak dan ayah Ina tiada di rumah..Kalau tidak , menjawablah saya dengan mereka. Sesudah itu saya pun membawa Ina ke ruang tamu. Saya nasihatkan Ina supaya merehatkan diri dan usah bebankan lagi tentang perbualan tadi. Kemudian , saya pun menjengah ke luar rumah untuk memanggil anak-anak buah masuk tidur.

                         Keesokan harinya , pagi itu hujan turun dengan lebat . Fuh , sejuknya hanya Tuhan saja yang tahu. Dikala hujan turun dengan lebatnya , saya masih terfikir . Kenapalah  si Nadia tidak membela Ina? Adakah orang tuanya melarang dia berjumpa dengan Ina ? . Banyak persoalan yang bermain dalam minda saya apabila berbual dengan Ina malam semalam. Lantas saya melelapkan mata saya untuk seketika . "Iwan, di mana saja kau berada nanti aku tetap ingat kau. Walaupun kita pernah bertengkar dan bergaduh , tapi itu semua menjadi pengajaran untuk aku menjadi lebih baik lagi apabila aku dewasa kelak . Susah senang kita bersama walaupun dihimpit pelbagai masalah. Berbasikal sama2x..Belajar bersama2x..Aku tidak sanggup nak pindah dari sini Iwan. Banyak kenangan yang kau ukirkan untuk aku.. Kau sahabat aku Iwan , dari sekarang sampai akhir hayat aku , sampai mati aku tetap ingat kau ! ". Pantas saya membukakan mata , bangun dari tidur dan duduk . Saya berkata sendirian "Ya Tuhan , pertemukanlah aku dengan sahabat sejiwaku, Sharil Iman" . Kata-kata Sharil 10 tahun yang lepas membuatkan hati saya dihimpit dengan kepiluan yang teramat sangat .  Apakah dapat saya bertemu dengannya sebelum meninggalkan dunia ini? Semua itu ketentuan Tuhan dan hanya padanya kuberserah. Saya mengelamun sendirian sebaik sahaja bangun dari tidur. Lamunan saya terhenti apabila mendengar suara memberi salam dari luar . Saya bingkas bangun untuk menjenguk ke luar. Saya menjawab salamnya dan selepas itu saya melihat seorang gadis dalam lingkungan belasan tahun menunggu di luar rumah. Saya hairan melihat gadis itu kerana saya tidak pernah melihat gadis itu di kawasan kampung sebelum ini . Lalu saya bertanya pada gadis itu ,"Adik ni siapa? Mau cari siapa ?". Lalu gadis itu menjawab ,"Nama saya Nadia , saya datang hendak mencari Ina , dia ada dirumah?", Lantas dalam minda saya berfikir sejenak tentang kata-kata Ina semalam . Saya masih lagi sangsi apakah Ina dapat menerima Nadia setelah apa yang dilakukan kepadanya. Selepas itu, saya berkata kepada gadis itu ,"Nadia , apa yang kamu buat sampai Ina jadi begitu ?", Lantas si Nadia berkata kepada saya ,"Abang, sebenarnya Nadia langsung tidak tahu yang orang kampung dan sekolah Nadia membenci Ina . Bila dengar cerita daripada Ibu , saya berasa sungguh marah dan naik angin. Saya keluar dari rumah. Tetapi ibu saya menghalang saya namun saya tidak peduli. Saya tetap datang kesini untuk berjumpa dengan Ina . Tak sangka sampai jadi begini . Bang , izinkan saya berjumpa dengan Ina. Saya mahu meminta maaf yang teramat sangat. Tidak terdetik dihati saya nak membiarkan Ina terus menderita dipinggir oleh masyarakat sekampung ini. ". Mendengar kata-kata Nadia , saya berasa sungguh gembira dan bersyukur kerana dia sanggup datang kesini biarpun dihalang oleh Ibunya. Saya masuk kedalam rumah memanggil Ina . Apabila Ina keluar dari rumah , Ina terpaku sebentar . Seperti tidak percaya apa yang berlaku yang sahabat baiknya berada didepan mata dalam keadaan sihat dan sempurna. Air mata Ina bercucuran lagi , lalu Ina memeluk Nadia sekuat hati dan Nadia membalas pelukannya sambil berkata "Maafkan aku Ina, maafkan aku sebab membuat kau jadi begini", selepas itu Ina membalas "Kau tak bersalah Nadia, aku dah lama maafkan kau. Keadaan yang membuatkan kita terpisah". Pertemua antara dua hati ini membuatkan saya terharu melihatnya. Kedua-duanya terharu bagaikan dua orang sahabat yang sekian lama terpisah. Walhal , baru dua bulan mereka tidak bertemu . Tapi itulah pertalian antara mereka yang diibaratkan sebagai adik beradik dan juga sahabat sejati seumur hidup. Ukhuwah yang dibina haruslah dijaga agar tiada siapa dapat memutuskan persaudaraan kita. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya..  Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Tetapi hati seorang sahabat yang penuh dengan keiklasan mengatasi segala-segalanya. Ingatlah. Kawan memang ramai tapi sahabat ini kita hanya ada satu saja yang boleh kita percaya.
                   Demikianlah , kisah tentang dua sahabat yang dapat saya ceritakan pada kamu semua. Kata-kata saya mungkin akan berakhir, namun makna dan rasanya akan terus mengalir. Secubit yang saya ungkapkan mudah-mudahan selaut anda dapat memikirkan. Saya berharap kisah-kisah lama yang ada pada kawan2 skalian itu akan mengubah cara kita berfikir, merasa dan bertindak kerana fikiran mampi menuk impian menjadi wawasan . Kemudian hati pula menterjemah wawasan menjadi keazaman dan usaha akan mengerakkan keazaman mencipta satu kenyataan.
~ WASSALAM ~



Wednesday, June 1, 2011

Musahabah Diri ~ u_u

Salam Ukhuwah rakan2ku sekalian..
syukur ke hadrat Ilahi keatas limpah kurnia dan berkatnya terhadap kita..
Masa berlalu begitu pantas ,
Sedar x sedar dah masuk bulan Jun pulak..
Kita duduk leka dan lalai ngan aktiviti2x harian..
Sampai masa sendiri pown x terlayan..
Tapi pernahkah kita mencari masa yang sangat berharga
Untuk menunaikan kewajiban kita terhadap Tuhan Yang Maha Esa..
Cukupkah amalan2 kita untuk kita bertemu dengannya ??
Ssungguhnya kemanisan dalam iman dapat kita rasa setelah kita
meninggalkan larangan-NYA dan mengerjakan perintah-NYA.
Ingatlah, baru dunia yang kita kecapi sekarang hanyalah
satu persinggahan sementara..
Wallahualam.
Dan bagaimanakah kita dapat mencari masa untuk kita
menimba ilmu pengetahuan di dunia dan di akhirat ?
Dapatkah kita mencapai impian seperti mana yang kita impikan ?
Semua itu terletak ditangan sendiri...
Usaha itu satu tangga kejayaan ,
Berusahalah dengan lebih gigih lagi supaya kita dapat berjaya pada masa hadapan. :D





Monday, May 30, 2011

Update ~ Long Time No See

Assalamualaikum rakan2xku sekalian,
I'm back to blogger again...
Sorry 4 u guys because this blog sudah lama x diupdate..
Makin lama makin sibuk dengan hal2x sekular.
Apa2 je la yang leh menghalang aku daripada rileks2x ni...(HAHA)
Kadang2 prasaan pown tidak tentu arah..
Kadang2x heppy,sedih,pilu,hiba,rindu dan sebagainya..
Ntah la.. wlaupown begitu..
HANYA SEKADAR SENYUMAN sahaja yg dapat menghiburkan hati hamba
yang sedang kacau ni...
Hidup di dunia ini sbnrnye tidak indah jika kita kekurangan ssuatu dlm lubok hati.
But hidup di akhirat kita tidak akan trasa terkurang satu ape pown kerana
bekalan dan amalan2x yang dibawa oleh kita akan dihisab dan dihitung untuk masuk
ke syurga-NYA dan neraka-NYA...
Oleh itu, selamat beramal rakan2 ...
Next time i'm back 4 some links and some storys...
Take care my friends and SALAM UKHUWAH FILLAH.

Thursday, March 24, 2011

Fiction Or Death by AVENGED SEVENFOLD

Today, i wanna story about song.. This is a beautifully haunting song that i ever heard...
Because the lyrics in this song is such a deepest meaning...To tell the world that life in the world is
only temporary ~~And a little GOOD BYE message for the ones who loves him.... :(


NOW, this is it.. Fiction lyrics by AVENGED SEVENFOLD..



Now I think I understand
How this world can overcome a man.
Like a friend we saw it through
In the end I gave my life for you.

Gave you all I had to give
Found a place for me to rest my head.
While I may be hard to find
Heard there's peace just on the other side.

Not that I could
Nor that I would
Let it burn
Under my skin,
Let it burn.

Left this life to set me free
Took a piece of you inside of me.
Now this hurt can finally fade
Promise me you'll never be afraid.

Not the I could
Nor that I would
Let it burn
Under my skin
Let it burn

I hope it's worth it, here on the highway, yeah
I know you'll find your own way when I'm not with you

So tell everybody, the ones who walk beside me, yeah
I know you'll find your own way when I'm not with you tonight

I hope it's worth it, what's left behind me, yeah
I know you'll find your own way when I'm not with you

So tell everybody, the ones who walk beside me, yeah
I know you'll find your own way when I'm not with you tonight



Saturday, March 19, 2011

THE FINAL DAY ~ ONE MONTH REMAINING ~

Uwarghhhhhhhh....
Assalamualaikum kawan2x...
I'm back for a new story..
Pejam celik pejam celik..
Dah nak FINAL dah utk semester 4 ni...
Tapi apa persediaan yang aku bawa ?
Cukopkah persediaan aku untuk menghadapi final ni ?
Haha...x sangka masa berlalu begitu pantas..Tggal sebulan lagi..
Tapi banyak2 main la pulak..Leka kt FB ngan Drum Set aq...
Hishh..tu smua godaan !!
Apa yang penting...assignmnt ngan report aq mesti settlekan sblm FINAL brmula !!
Present TELEKOM aku pown kne repeat blk sbb group aku x ikot arahan..
Haishh...harap2lah dapat wat present ari ISNIN ni..
Then, dlm mse terdekat ni..Makin ramai lah pulak pelajar2x bertanya ttg PB bg setiap 
modul yang mereka ambik..Haha...aku pown sebenarnya cukop nervous bila tengok markah PB ni..Klu markah ok x pe..Ni kan markah rendah..Perghh..menangis nak struggle kt bhgian FINAL plk nnti...
PB tu brmksud Penilaian Berterusan...Markah PB ni akn dicampur
dengan markah FINAL..Then bru lah apa keputusan FULL bg setiap modul yang diambik..
(HOPE PB utk BAIKPULIH & MATH ENG 2 aku ok lah)
Fuhh ~
Harap2lah aku dapat buat FINAL yg bermula pada 18 APRIL 2011 nnti...
Insya-ALLAH ~~

FINAL EXAM : 18/04/2011 
STRUGGLE UNTIL SUCCESS !!


Saturday, March 5, 2011

Manggis oh manggis ~~

 Assalamualaikum and very good evening to all my friends ~
Hahaha...
Hari ni aku nak cerita ckit pasal "MANGGIS" ni...
Masa aku kecik2x dulu ...aku x suke sgt buah2 ni..
Mkn je buah msti rasa nk loya tekak aku...
Mcm x leh trima jew...
Xkira lah ape jenis buah pown...
Kdg2 tengok buah epal,mangga,jambu,oren,limau, MANGGIS and mcm2 lg la...
Rse mcm x de selera lgsg...
Xtau la naper..Mgkin bkn minat aku nak makan buah2x ni..
Tp skrg aku sedar buah-buahan ni sbnrnye bnyk khasiatnye.....
Trutama skali MANGGIS...
Err~ Aku x tau la asl mnggu ni aku trasa sgt nk makan manggis...
Nk kata mengidam pown bukan...cme trasa nk makan jew..
(Ngade2 lak aq..xske makan buah tp nak jgk mkn buah..haha)
Ptg ni nnti ade pasar malam...Aku singgah la nnti beli manggis..
Hishh..x sabor lak raso eh.....
Banyak kebaikan Manggis ni...
Antaranya adalah...

1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)

2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)

3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf )

4. Anti-ulcer (stomach,mouth and bowel ulcers)

5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)

6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/ panik/cemas)

7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)

8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)... shown to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.

9. Immunomodulator (multiple categories cited) - helps the immune system

10. Anti-aging(Anti penuaan)

11. Anti-oxidant( Buang toxic dalam badan)

12. Anti-viral (membunuh kuman)

13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)

14. Anti-fungal (prevents fungal infections/menggelakkan kulat)

15. Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantik kan kulit)

16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL/membuang kolesterol jahat)

17. Anti-atheroscleroti c (prevents hardening of arteries)

18. Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)

19. Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)

20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, mengurangkan gula dalam darah)

21. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)

22. Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)

23. Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)

24. Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)

25. Anti-allergenic (prevents allergic reaction)

26. Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)

27. Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badab)

28. Anti-Parkinsonism

29. Anti-diarrheal diseases

30. Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)

31. Anti-vertigo (prevents dizziness)

32. Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)

33. Anti-cataract (prevents cataracts) -sejenis penyakit mata yang menyebabkan rabun teruk.

34. Pansystemic - has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangi
seluruh badan.




Monday, February 28, 2011

ADAKAH AKU BERSALAH ? ;((

Pada malam ini merupakan malam yg agk kusut bagi aku...
Aq pown tidak tahu kenapa...Selepas saja dpt panggilan drpd Insan Tersayang <3<3...Aku naik bingung ~ 
Aq mmg menyusahkan..Kdg2 aq terfikir layak kew aku hidup kt muka bumi ini....Adakah aku dapat menunaikan kewajiban aku sebagai khalifah di muka bumi ni..
Sedih, bingung , rasa nak marah pown ade.. 
Aku seorang manusia yang lemah semangat..Hatiku tidak kental untuk menghadapi dugaan..
Tapi apakah daya, sebagai khalifah dimuka bumi ini..Aku sentiasa diuji ~ Sejak daripada aku kecil smpai sekarang...Mengapakah ini smua terjadi kepadaku ?
Aku tidak mau menyusahkan sesiapa...Tetapi setiap gerak geri langkah aku kdg2 wat mereka tidak senang and menyusahkan...Kenapa ? Mengapa ? 
Aku hanyalah insan biasa yg lemah semangat...
Hatiku tidak cukop tabah menghadapi dugaan ..
Setiap agama yang aku belajar meresap dalam diriku dari segi batinku ~ Tetapi dari segi zahirnya aku hanya mampu melakukan sedikit daripada kewajiban aku ~ Adakah solat aku diterima ?
Adakah kebajikan dan keikhlasan aku diterima ?
Adakah pengorbananku diterima ?
Tetapi aku sedar aku sebenarnya banyak berdosa ~
Segan untuk meminta pertolongan daripadaNYA...
Aku tidak mau menyusahkan sesiapa tetapi setiap perbuatan aku sentiasa mengundangi rasa tidak senang oleh masyarakat sekeliling ~ Aku hanya mampu memandang dan menunjukkan riak muka yg garang (Tetapi aku x marah) ..Cme riaksi muka aku mmg mcm tu sejak aku kecil lagi..Bagi sesiapa yg mengenali diriku drpd kecil smpai besar ..Dowg phm perangai aku ~ Tetapi mereka skrg membawa haluan masing2x..So aku tak dapatlah tempat nak mengadu masalah ~ 
Hal Family ni kdg2 mmbuatkan aku rumit skali nk memikirnya ...
Seandainya aku ada keluarga..aku akan lalui juga masalah yg sama aku wat kat family aku~
Besar tanggungjawabnya apabila sudah berkeluarga ~ Daripada susah sampai senang ...
Itulah yang akan aku lalui pada masa hadapan nanti...Then, aku nekad tidak mau menyusahkan lagi kedua ibu bapaku ~~ 
Itulah niat aku yg akan ku pegang sekarang smpai aku mati nanti ~ 
TANGGUNGJAWAB YANG DIPIKUL DENGAN KUASA YANG BESAR HENDAKLAH DILAKUKAN DENGAN SEMANGAT DAN USAHA YANG BESAR SUPAYA MENGHASILKAN SESUATU YANG LUAR BIASA DAN MENJADI KESENANGAN KEPADA KITA PADA SUATU MASA NANTI ~~ 
Aku berdoa kepadamu YA ALLAH ~

(YA ALLAH YA TUHANKU..Tunjukkanlah jalanmu kepadaku agarku dapat mengurangkan beban yg ade di mindaku ~ Perlimpahkanlah rezeki kepadaku dan seluruh keluargaku serta muslimin dan musliman...Bukakanlah mindaku supaya hambamu dapat berfikir dengan luas terhadap apa yang terjadi sebelum dan selepas tindakan yang kulakukan..Hindarilah aku daripada segala kemungkaran) ~Aminnn~ :(

Sekarang ini..Aku harus memandang kehadapan dan berfikir dahulu sebelum bertindak ~ Harap2 tiap2 pesanan yang diberikan kepadaku akan ku gunakan demi kebaikan masa hadapan ~ INSYA-ALLAH ~ ;)


Sunday, February 27, 2011

Tanjung Tuan time !

Asal Usul Tanjung Tuan  : Tanjung Tuan or Cape Rachado (as named by the Portuguese, meaning Broken Cape) is an exclave of the state of MalaccaMalaysia. It is a cape with a lighthouse facing the Strait of Malacca. Though it is administered by the Malacca state government, the area used to fall under the sovereignty of Negeri Sembilan which surrounds it.
The coastal area off the cape, is famous as the site of the naval Battle of Cape Rachado in 1606, between the Dutch VOC and Portuguese fleets, the opening act for the series of conflicts between the coalition of Dutch-Johore and Portuguese Malacca that ultimately ended with the Portuguese surrender of the city and fort of Malacca to the VOC in 1641. 
Pintu masuk ke Tanjung Tuan...Start masuk je kt Tanjung Tuan..kita sudah masuk SEMPADAN MELAKA.

Sebut pasal Tanjung Tuan ni..Tanjung Tuan banyak mendatangkan perubahan pada diri aku...Minat aku mendaki kt tanjung tuan ni secara tidak langsung..Aku start naik Tanjung Tuan ni semasa aku Sem 2 thn lps...Itupown kawan2x ajak...Ahseng,Apip,Shidi,Abrar,Ipin,Apip ngan Aku mmg slalu gi Tanjung Tuan kalau ade masa lapang ...Aku plk mse time follow mereka tu bru pertama kali naik Tanjung Tuan ni...Haha..Mmg mengah lah aku jwpnye...Jalan kaki nak naik kt situ pown dah penat..Apatah lagi nak berlari..Fuhh..Pnat ya amat..(Blom lagi Mendaki Gunung Kinabalu lagi) . Sampai je atas masing2 pown berehat jap lps berjogging dr bawah...Cme aku je yg jalan kaki naik kat ats..( X larat beb...tambh2x plk berat aku mse time tu 83kg) ..Mmg berat lah...Dah puas berehat..Mereka ajak naik ats lak...Tengok pemandangan....
Pemandangan dari atas...Belakang rumah api Tanjung Tuan...

Lps menikmati pemandangan kt situ...Mereka ajak pergi ke bawah plk...Fuhh ~ Curam btol bila nak turun ke bawah tu...Amek mse dalam 15-20 minit nk smpai ke bawah...Jalan nak gi ke bawah Rumah Api Tanjung Tuan mmg curam..And agak licin...Banyak jgk rmh rehat kt setiap checkpoint nak gi ke bawah...Selepas smpai je kt bawah..Kami semua melihat sbuah pantai yg sangat bersih...Jernih siot air die..Leh nampak la kaki aku...Aku x de gambar pantai tu..Klu de gmbr die..Mmg cantek lah..Siyes x tpu....Ape lagi..Kteowg pown bermandi manda..Kcuali aku..aku sekadar celop2 kaki je kt situ...Hahaha...
Selepas abis je mandi manda kt bawah tu...Kami semua pown naik ke ats balik sebab nak balik...Masa nak naik ats tu...Fuhh ~ Separuh nyawa aku nk hilang..Mne x nye..berlari2x nak naik kt ats..Dah la tinggi, curam plk tu...Fuhh..aku pown amek mse 5 mnt jap nak berehat..Jalan slow2 dulu..Tp Ipin,Abrar ngan Ahseng...Aq tgk steady je dowg naik ats..Klu aq lah dh x larat dah..Tambah2 plk ngan berat aq 83 kg tu...Aku ngan Shidi je ade kt  tmpt rehat tu...Rehat jap..pas2 sambung balik sampai naik ke atas...Smpai je kt atas..Fuhh ~ Aku pnye penat bagaikan nak mati rasanya..Ipin,Abrar,Aseng ngan Apip mnunggu je dr atas...Haha..Selepas itu, kami semua pown balik menuju ke rumah ...
Itulah CERITA PERMULAAN aku naik ke Tanjung Tuan tu...Slps itu, aku pown nekad nak krgkan berat badan aku..Semasa aku Sem 3 plk..aku jogging tiap2 ari selepas abis klas ptg ..Aku selalu jogging ngan Shidi...Kdg2 bnyk petua yg Shidi bagi kt aku...(Kdg2 pown petua die pown x leh gne gak...hahaha) ..Selama 3 ke 4 bulan aku jogging naik-turun bawah kt Tanjung Tuan tu..akhirnya dpt jgk aq turunkan 10kg...(drpd 83 ke 73 kg lak) ..Pemakanan pown harus dijaga..Amek kuantiti yg scukupnya..(Tidak boleh lebih)...Then aku amalkan sampai sekarang...Sekarang ni aku dah naik Sem 4 ...Tiada siapa yg dapat temani aku pergi ke Tanjung Tuan...Aku pergilah sorang2 kt sne naik-turun Tanjung Tuan tu..Bila aku dah biasa pergi ke sana...Tak de lah mengah sgt dah sekarang..Sebab smua penjuru kt Tanjung Tuan tu aku dah explore...Sekarang ini aku dah puas hati dengan berat badan aku sekarang..Berat aku sekarang ni 67.8 kg...(Selalu aku timbang kt gim Politeknik tu klu de masa) ..Tapi walaubagaimanapown...Aku tetap trus mendaki naik ke Tanjung Tuan sebab itu sdh mnjadi kebiasaan aku kt Port Dickson...Klu tidak kerana Tanjung Tuan, aku tak dapat berat yg aku inginkan seperti skrg..Alhamdulillah..Syukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana telah mmbukakan hatiku kepada Tanjung Tuan...

Ini baru pertengahan..kat jalan ni kadang2 selalu gak aku jumpa Kucing Hutan...(Ntah btol ke tidak) selalu merayau-rayau kt sekitar jalan tu...

Ini permandangan dari bawah plk...Tmpt kami semua berehat dulu sblm naik ke atas...Kat bawah tu lah aku slalu Stretching slps jogging dr pintu masuk Tanjung Tuan tu...

Pengalaman aku di Tanjung Tuan mmg sukar utk aku lupakan...Mcm2x perubahan yg ia bawakan kpada aku...Terima Kasih Tanjung Tuan...Aku akan selalu melawat kau kt sana..Jangan risau...Walaupown aku dah genggam segulung Diploma kt politeknik nnti...Aku sentiasa mengunjungi Tanjung Tuan ni.... ~~ WITH SINCERELY HEART TO WRITE THIS ~~ ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...